Wednesday, 20 March 2013

Mata Hati Seorang Lelaki...

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum sahabat sekalian....
 
 
Sekarang ini, entri lari sedikit daripada perbincangan kita yang biasa - tentang  Smart Eating.
Kita masuk sikit perihal lelaki...
Menarik ???
Wanita ditarik oleh lelaki dan mengapa ?
Mengapa cinta anda tidak dilayan ?
Dan adakah anda orang yang dicari ?
 
Ok,
Nervous baca ea ?
Hahaha, rilex sahaja.
We will discover it together...
 
 
1,2,3...START
 
Lelaki tidak cerewet dan mudah.
Jadi, cinta itu bagi mereka amatlah mudah untuk dicari bagi meneman sepi,
Apakah anda teman sepi ?
Apakah anda teman sehingga syurga nanti ?
 
Wanita yang mudah dia dekati, tiada peraturan, tiada keperluan, tidak menghormati dirinya sendiri dan tiada garis panduan ialah wanita yang untuk dia mengisi kehidupannya dan juga mungkin sekadar untuk ditunjukkan kepada sahabat lelakinya. Bagaimanakah interpretasinya dan makna nya ? 
 
1.   Wanita yang mudah didekati akan mudah ditinggali...
As my lecturer said, " Easy to get, Easy to lose "
Kereta kancil kemek, owner dia tak nangis 4 hari 4 malam, berbanding owner Land Rover Evoque yang akan melalak jika kereta itu tergesel tayar basikal anak jiran sebelah...
Faham ke tidok ?
 
2.   Tiada peraturan iaitu tidak meletakkan syarat, batas dan had yang sepatutnya dalam sesuatu permulaan perhubungan...
Beg tangan Channel ada promosi, ramai sangat yang tengok, pegang, sentuh, amek bau kedai, dan pelbagai lagi lah ragam pembeli...Adakah anda juga nak membeli beg Channel yang sama itu pada harga promosi atau pergi ke Shop Channel sendiri yang ber aircond, layanan pekerja amat ramah dan beg itu terletak di dalam rak cermin, terjamin kualiti dan juga exclusive giler.
Kuasa memilih di hujung jari anda.


Faham Peraturan Allah,
Faham Hadis Rasulullah,
Laksanakan, Praktik dan Istiqamah....
 
 
3.   Tidak ada garis panduan dalam kehidupannya. Nak enjoy sahaja, nak kena layan je, nak kena bagi itu ini dan sana sini.
Sebelum dapat lessen memandu, kita akan kena training memandu berjam-jam lamanya sehingga naik loya dengan bau kereta di Driving School itu. Jadi, masa yang dinanti untuk test JPJ, of course kena buat yang terbaik sekali, ikut peraturan, pakai seat belt dan tersengih betulkan cermin kereta. Insya Allah lulus andai kata kita ikut segala peraturan yang ditetapkan.
 
Redha Ilahi ~~~
 
 
Inilah wanita yang di antaranya menjadi teman sunyi dan bukan untuk teman kala hidup didunia akhirat bersama.
 
Tiada syarat hidup yang mengatakan cinta perlu dicari, cuma hanya lah jodoh itu telah ditetapkan dan perlu berusaha untuk bersedia memikul amanah sebuah cinta dan perhubungan...
 
When the time its come, it will come.
Be ready, be prepared and be with Allah SWT always.
:)
Insya Allah.





Salam Sayang,



Zulaikha.....

Monday, 18 March 2013

Smart Eating 2

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum sahabat readers sekalian...
 
 
Entry ini bersangkutan dari untaian Smart Eating ( yang pertama kali diwara-warakan ).
Ini adalah untuk mengkhabarberitakan tentang pemakanan yang tiap-tiap hari kita consume tapi sedikit sahaja menyentuh benak minda kita..
 
Oleh dengan itu, ana merasmikan pelancaran Smart Eating entries yang akan ber-episod, lamanya      ( sudah terlewat untuk rasmi, tapi tak mengapalah ). Jadi setiap entri ini saling berkaitan dan sentiasa lah follow to date, apa yang ana utarakan...
Insya Allah, musafir ilmu di alam maya ini bakal mendapat impak baik, barakah dan istiqamah dalam melaksanakannya......
 
 
1.   Halia adalah minuman ahli syurga sebagaimana pesan Allah SWT dalam surah al-Insan, ayat 17
" Di dalam syurga itu mereka diberikan segelas minuman yang campurnanya adalah halia "
Dalam perubatan tradisional islami, halia adalah makanan yang panas peringkat ke tiga. Ia bermanfaat dalam mencairkan kahak, mengubati penyakit pencernaan.
 
2.   Sebelum  menjamah hidangan utama, kita disarankan oleh Nabi Muhamad SAW supaya makan pic. Di dalam perubatan islami, pic pelawas yang baik kerna sifatnya yang sejuk. Apabila pic sukar dicari, gantilah ia dengan buah pear ataupun tembikai.
 
3.   Ibnu Sina berpendapat mereka yang berusia 45tahun ke atas patut diwajibkan mengambil madu secara teratur. Cara meminumnya juga dikatakan, perlu menggunakan sudu plastik dan tidak digalakkan mengguna sudu besi.
 
4.   Pisang mengandungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah. Pisang juga kaya dengan serat. Ini memudahkan kita membuang air besar. Selain itu, pisang mengandungi kalium semulajadi yang baik bagi kesihatan jantung. Secara puratanya, setiap 100gram pisang mengandungi 400milimeter kalium, cukup untuk memenuhi keperluan kalium orang dewasa.
 
5.   Nabi SAW melarang kita meninggalkan makan malam. Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah SAW menyarankan,
" Makan malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma "
 
6.   Bijian adalah salah satu makanan yang mana khasiatnya dipuji Nabi SAW. Kajian mendapati pengambilan 100gram kacang soya, gajus ataupun kacang tanah yang digoreng dengan minyak jagung ataupun minyak bijan dapat memenuhi keperluan mineral anda.
 
7.   Nabi SAW berkata,
" Orang mukmin yang membaca Quran bagaikan limau manis. Wangi baunya dan enak rasanya "
Limau banyak manfaat- enak, tidak memualkan dan kaya dengan vitamin C.
Tapi kurangkan ais ea...
 
 
 
8.   Epal memiliki sifat sejuk. Orang barat mengatakan,
" Makanlah sebiji epal setiap hari dan saudara tidak perlu jumpa doktor"
Dengan minum jus epal asli, daya tahan tubuh meningkat. Ia juga dapat menurunkan kadar kolestrol, meneutral toksik, menyihatkan jantung dan pembuluh darah serta mencegah barah.
 
9. " Sesiapa yang pada pagi hari memakan tujuh biji kurma Ajwa, maka pada hari itu racun dan sihir tidak dapat memuratkan ".
Ini menunjukkan kurma dapat menawarkan racun dan menghindari orang yang memakannya daripada ganguan sihir.
 
10.  Cincau mempunyai sifat sejuk dan basah yang baik diminum bagi mengurangkan kepanasan. ia juga mengubati barah dan demam kepialu. Ahli herba menggalakkan mereka yang mengalami gangguan pencernaan supaya meminum cincau.
 
My Fav...

Sunday, 17 March 2013

Smart Eating

Bismillahirahmanirahim.
Assalamulaikum readers sekalian,
Sihatkah anda???


Orang cakap tanda pemakanan sihat ialah rajin beribadat...
Kerna pemakanan yang seimbang dan paling baik ialah tidak terlalu banyak, tak terlalu sedikit..
Yang sedang-sedang saja :)

Tapi orang bertanya. kenapa nak Smart Eating dan apakah itu ?
Smart Eating membawa erti amalan pemakanan yang pintar yang mana memenuhi prospek halal, islami, manfaat, murah, selamat, dan holistik ( HIMMAH ). Islam merangkumkan kesihatan jasmani, mental, rohani, dan sosial. Gaya hidup nabi Muhamad SAW iaitu Smart Healing, Smart Behaviour, Smart Eating, Smart Ibadah, Smart Doa, Smart Medicine dan Smart Environment...
Dengan gabungan kesemua element yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, kita ialah insan yang berusaha menjadi yang terbaik, khairu ummah..
Insya Allah, kita akan kupas satu persatu element ini.




Smart Eating ( Pemakanan Sihat )


1.   Sarapan - Makan makanan berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan.

2.   Tengahari - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

3.   Malam - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan.

4.   Madu asli ialah makanan yang paling baik.
          -   Simpan madu dalam bekas kaca kedap udara dan pada suhu bilik.
          -   Jauhi ia drpd sinaran matahari dan lain-lain sinaran.
          -   Keaslian madu asli, dengan menitiskan pada kertas akhbar dan ia tidak mudah diserap.
          -   Dapat menyembuhkan luka- bersihkan luka dgn air suam, sapu madu dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam.
 
Surah ke-16 dalam Al-Quran adalah an-nahl yang bermaksud lebah. Secara khusus surah makiyyah ini dinamakan an-nahl @ lebah, kerana pada ayat 68 terdapat firman Allah SWT yang bermaksud :
 
''Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia.''
 
''... Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.''(QS An-Nahl: 69).
Sedang dalam Tafsir Al-Quran Ibnu Katsir diterangkan bahawa madu lebah itu warnanya bermacam-macam sesuai dengan makanannya. Ada yang berwarna putih, kuning, mahupun merah. Selain itu, menurut Ibnu Katsir, madu sesuai untuk setiap orang, contohnya, untuk mengubati sejuk, kerana madu itu panas.
Di dunia Islam, penggunaan madu sebagi ubat sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Pada saat itu, madu digunakan untuk mengubati penyakit diare atau cirit birit. Lem atau gam lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai macam penyakit.
Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga boleh menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
 
5.   Makan buah-buahan sebelum memakan nasi.

6.   Segelas yougurt mengandungi 700 milligram kalsium yang membantu menguatkan tulang, mencegah bakteria dan kulat dalam saluran pencernaan.

7.   Manusia terbentuk dengan 70% air dan hindari lah drpd kekurangan air.

8.   Nabi menyarankan supaya membahagikan perut kepada 3 bahagian, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk pernafsan.

9.   Dalam buku, Ath-thiib an-nabawi, As-Suyuthi berkata air sejuk melambatkan proses pencernaan.

10. Nabi SAW mengingatkan kita dalam hadisnya, " Penyebab utama timbulnya penyakit adalah makan satu makanan melebihi makanan yang lainnya ".
 
Jadi, Ingat....
Pemakanan yang seimbang adalah asas kesihatan.
 
 
 
 
Salam sayang,
 
 
Siti Nur Zulaikha Binti Suhaimi & Zubidah




Wednesday, 13 March 2013

Minuman, h2o ke ?

Bismillahirahmanirahim,


Assalamualaikum kepada kamu dan kamu juga....
Sekarang ini keadaan semakin tengik, hangit dan panas.
Mungkin kerna bebanan tergalas dibahu dan perlu dilaksanakan setiap detik saat.
Namun, tak pernah dilupa readers, saya perlu meluangkan masa untuk memberi sedikit ilmu sebagai arah perjalanan hidup..

Dengan ini, saya memulakan entri dengan ( seperti yang lepas THE DONT`S in drinking )

1.   Jangan minum air selepas makan - berlaku kebuncitan, sebaiknya 15-20 minit selepas makan.
2.   Jangan amalkan minum air yang terlalu sejuk dan terlalu panas.
3.   Jangan sesekali minum campuran air telaga dan sungai.

Tidak digalakkan meneguk air dengan sekali tegukan dalam jumlah yang banyak kerna ia boleh menyebabkan penyakit yang disebut al-kabar iaitu rasa sakit di hati.

Abu Nu`aim meriwayatkan,
" Apabila Nabi SAW minum, Nabi berhenti tiga kali untuk mengambil nafas. Baginda menyebut nama Allah sebelum minum dan memuji-Nya ketika berhenti minum "

Nabi juga melarang kita meniup makanan atau minuman yang panas atau bernafas pada makanan atai minuman tersebut. Mengapa ?

p/s :- letak kipas plak !

 

Itu akan dibincang akan datang lagi ???
Sudah tentu, so stay tune..



Salam sayang,

Dari hati............
???


Saturday, 9 March 2013

Makan, dan Slim ?

Bismillahirahmanirhim...


Assamualaikum kepada Readers,
Ni hao ma ?
................
Wo ?
Wo hen hao, xiexie...


Kali ini entry berkaitan dengan pemakanan dan macam mana nak kekal slim dengan pemakanan..
Orang tua cakap :- Cakap tak bole sebarang cakap, makan bole sebarang makan @ makan lah puas-puas sementara masih hidup....
Cubaan yang baik tetapi salah interpretasi itu.

Pengambilan makanan haruslah seimbang cita rasanya sama ada panas, sejuk, manis, masam mahupun pedas..( perbincangan selanjutnya pada entry akan datang, Insya Allah - so tunggu )

Kali ini lebih kepada THE DONT`s untuk pengambilan sesuatu makanan.

Berhenti makan sebelum kenyang  -  jauhi penyakit
Makan secara gelojoh                    -  hilang selara makan, jadi malas dan lemah
Makan makanan masam                -  mempercepatkan penuaan
Makan makanan bergaram            -  badan akan kering dan kurus

Diriwayatkan oleh Anas bahwa Nabi SAW bersabda,
" Sumber segala penyakit adalah sejuk "

Langkah terbaik ialah mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi cuka dan berlemak.
Elakkan juga makan atau minum juadah yang tak bertutup dengan rapi untuk elak keracunan @ mudarat.

Makanan yang dilarang oleh Rasulullah SAW :

1.   Susu + Ikan
2.   Cuka  + Susu
3.  Buah-buahan  + Susu
4.   Cili + Ikan
5.   Bawang Putih + Bawang Merah
6.   Daging Kering + Daging Segar
7.   Makanan Asam + Makanan berjeruk
8.   Lemak + Cuka
9.   Cuka + Nasi
10. Anggur + Terung berlebihan
11. Buah Delima + Daging
12. Dua makanan yang sejuk
13. Dua makanan yang panas
14. Dua makanan yang menghasilkan kentut

Dalam Surah Al-Araf ayat 31 :-

يَا بَنِي آدَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ


Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.


Ini lah makanan orang GANU, ada khasiat ?

Akhirnya, kita mendapatkan hadis ini sebagai pelan tindakan untuk makan ikut cara Rasulullah SAW.
Abu Nu`aim meriwayatkan hadis,
" Bersederhanalah dalam melaksanakan segala tindakan kerana Allah membenci orang yang berilmu tetapi memiliki susuk tubuh yang obes "

Umar r.h.u berkata,
" Hindarilah berperut buncit kerana ia merosakkan tubuh, meyebabkan penyakit dan menjadikan solat sebagai pekerjaan yang memenatkan. Manfaatlah bekam kerana ia mampu meringankan badan dengan mengeluarkan darah kotor "



Selamat berbuat demikian, wahai sahabat readers..
:)

Salam sayang,

~ Nur Zulaikha ~






 

wif my Lisa, my Suri , my Hani....
Lov from Ummi...