Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum sahabat readers sekalian...
Entry ini bersangkutan dari untaian Smart Eating ( yang pertama kali diwara-warakan ).
Ini adalah untuk mengkhabarberitakan tentang pemakanan yang tiap-tiap hari kita consume tapi sedikit sahaja menyentuh benak minda kita..
Oleh dengan itu, ana merasmikan pelancaran Smart Eating entries yang akan ber-episod, lamanya ( sudah terlewat untuk rasmi, tapi tak mengapalah ). Jadi setiap entri ini saling berkaitan dan sentiasa lah follow to date, apa yang ana utarakan...
Insya Allah, musafir ilmu di alam maya ini bakal mendapat impak baik, barakah dan istiqamah dalam melaksanakannya......
1. Halia adalah minuman ahli syurga sebagaimana pesan Allah SWT dalam surah al-Insan, ayat 17
" Di dalam syurga itu mereka diberikan segelas minuman yang campurnanya adalah halia "
Dalam perubatan tradisional islami, halia adalah makanan yang panas peringkat ke tiga. Ia bermanfaat dalam mencairkan kahak, mengubati penyakit pencernaan.
2. Sebelum menjamah hidangan utama, kita disarankan oleh Nabi Muhamad SAW supaya makan pic. Di dalam perubatan islami, pic pelawas yang baik kerna sifatnya yang sejuk. Apabila pic sukar dicari, gantilah ia dengan buah pear ataupun tembikai.
3. Ibnu Sina berpendapat mereka yang berusia 45tahun ke atas patut diwajibkan mengambil madu secara teratur. Cara meminumnya juga dikatakan, perlu menggunakan sudu plastik dan tidak digalakkan mengguna sudu besi.
4. Pisang mengandungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah. Pisang juga kaya dengan serat. Ini memudahkan kita membuang air besar. Selain itu, pisang mengandungi kalium semulajadi yang baik bagi kesihatan jantung. Secara puratanya, setiap 100gram pisang mengandungi 400milimeter kalium, cukup untuk memenuhi keperluan kalium orang dewasa.
5. Nabi SAW melarang kita meninggalkan makan malam. Ini kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Rasulullah SAW menyarankan,
" Makan malamlah kamu walaupun dengan hanya sebiji kurma "
6. Bijian adalah salah satu makanan yang mana khasiatnya dipuji Nabi SAW. Kajian mendapati pengambilan 100gram kacang soya, gajus ataupun kacang tanah yang digoreng dengan minyak jagung ataupun minyak bijan dapat memenuhi keperluan mineral anda.
7. Nabi SAW berkata,
" Orang mukmin yang membaca Quran bagaikan limau manis. Wangi baunya dan enak rasanya "
Limau banyak manfaat- enak, tidak memualkan dan kaya dengan vitamin C.
Tapi kurangkan ais ea...
8. Epal memiliki sifat sejuk. Orang barat mengatakan,
" Makanlah sebiji epal setiap hari dan saudara tidak perlu jumpa doktor"
Dengan minum jus epal asli, daya tahan tubuh meningkat. Ia juga dapat menurunkan kadar kolestrol, meneutral toksik, menyihatkan jantung dan pembuluh darah serta mencegah barah.
9. " Sesiapa yang pada pagi hari memakan tujuh biji kurma Ajwa, maka pada hari itu racun dan sihir tidak dapat memuratkan ".
Ini menunjukkan kurma dapat menawarkan racun dan menghindari orang yang memakannya daripada ganguan sihir.
10. Cincau mempunyai sifat sejuk dan basah yang baik diminum bagi mengurangkan kepanasan. ia juga mengubati barah dan demam kepialu. Ahli herba menggalakkan mereka yang mengalami gangguan pencernaan supaya meminum cincau.
My Fav... |
No comments:
Post a Comment