Bismillahirahmanirahim.
Assalamulaikum readers sekalian,
Sihatkah anda???
Orang cakap tanda pemakanan sihat ialah rajin beribadat...
Kerna pemakanan yang seimbang dan paling baik ialah tidak terlalu banyak, tak terlalu sedikit..
Yang sedang-sedang saja :)
Tapi orang bertanya. kenapa nak Smart Eating dan apakah itu ?
Smart Eating membawa erti amalan pemakanan yang pintar yang mana memenuhi prospek halal, islami, manfaat, murah, selamat, dan holistik ( HIMMAH ). Islam merangkumkan kesihatan jasmani, mental, rohani, dan sosial. Gaya hidup nabi Muhamad SAW iaitu Smart Healing, Smart Behaviour, Smart Eating, Smart Ibadah, Smart Doa, Smart Medicine dan Smart Environment...
Dengan gabungan kesemua element yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, kita ialah insan yang berusaha menjadi yang terbaik, khairu ummah..
Insya Allah, kita akan kupas satu persatu element ini.
Smart Eating ( Pemakanan Sihat )
1. Sarapan - Makan makanan berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan.
2. Tengahari - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Malam - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan.
4. Madu asli ialah makanan yang paling baik.
- Simpan madu dalam bekas kaca kedap udara dan pada suhu bilik.
- Jauhi ia drpd sinaran matahari dan lain-lain sinaran.
- Keaslian madu asli, dengan menitiskan pada kertas akhbar dan ia tidak mudah diserap.
- Dapat menyembuhkan luka- bersihkan luka dgn air suam, sapu madu dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam.
Surah ke-16 dalam Al-Quran adalah an-nahl yang bermaksud
lebah. Secara khusus surah makiyyah ini dinamakan an-nahl @ lebah, kerana pada
ayat 68 terdapat firman Allah SWT yang bermaksud :
''Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia.''
''... Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.''(QS An-Nahl: 69).
Sedang
dalam Tafsir Al-Quran Ibnu Katsir diterangkan bahawa madu lebah itu warnanya
bermacam-macam sesuai dengan makanannya. Ada yang berwarna putih, kuning,
mahupun merah. Selain itu, menurut Ibnu Katsir, madu sesuai untuk setiap orang,
contohnya, untuk mengubati sejuk, kerana madu itu panas.
Di
dunia Islam, penggunaan madu sebagi ubat sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi
Muhammad SAW. Pada saat itu, madu digunakan untuk mengubati penyakit diare atau
cirit birit. Lem atau gam lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat
untuk mengubati berbagai macam penyakit.
Selama hidupnya Ibnu Sina banyak
mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina,
boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat,
seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga boleh menurunkan suhu badan
serta menetapkan rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
5. Makan buah-buahan sebelum memakan nasi.
6. Segelas yougurt mengandungi 700 milligram kalsium yang membantu menguatkan tulang, mencegah bakteria dan kulat dalam saluran pencernaan.
7. Manusia terbentuk dengan 70% air dan hindari lah drpd kekurangan air.
8. Nabi menyarankan supaya membahagikan perut kepada 3 bahagian, 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk pernafsan.
9. Dalam buku, Ath-thiib an-nabawi, As-Suyuthi berkata air sejuk melambatkan proses pencernaan.
10. Nabi SAW mengingatkan kita dalam hadisnya, " Penyebab utama timbulnya penyakit adalah makan satu makanan melebihi makanan yang lainnya ".
Jadi, Ingat....
Pemakanan yang seimbang adalah asas kesihatan.
Salam sayang,
Siti Nur Zulaikha Binti Suhaimi & Zubidah
No comments:
Post a Comment