Saturday, 9 March 2013

Makan, dan Slim ?

Bismillahirahmanirhim...


Assamualaikum kepada Readers,
Ni hao ma ?
................
Wo ?
Wo hen hao, xiexie...


Kali ini entry berkaitan dengan pemakanan dan macam mana nak kekal slim dengan pemakanan..
Orang tua cakap :- Cakap tak bole sebarang cakap, makan bole sebarang makan @ makan lah puas-puas sementara masih hidup....
Cubaan yang baik tetapi salah interpretasi itu.

Pengambilan makanan haruslah seimbang cita rasanya sama ada panas, sejuk, manis, masam mahupun pedas..( perbincangan selanjutnya pada entry akan datang, Insya Allah - so tunggu )

Kali ini lebih kepada THE DONT`s untuk pengambilan sesuatu makanan.

Berhenti makan sebelum kenyang  -  jauhi penyakit
Makan secara gelojoh                    -  hilang selara makan, jadi malas dan lemah
Makan makanan masam                -  mempercepatkan penuaan
Makan makanan bergaram            -  badan akan kering dan kurus

Diriwayatkan oleh Anas bahwa Nabi SAW bersabda,
" Sumber segala penyakit adalah sejuk "

Langkah terbaik ialah mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi cuka dan berlemak.
Elakkan juga makan atau minum juadah yang tak bertutup dengan rapi untuk elak keracunan @ mudarat.

Makanan yang dilarang oleh Rasulullah SAW :

1.   Susu + Ikan
2.   Cuka  + Susu
3.  Buah-buahan  + Susu
4.   Cili + Ikan
5.   Bawang Putih + Bawang Merah
6.   Daging Kering + Daging Segar
7.   Makanan Asam + Makanan berjeruk
8.   Lemak + Cuka
9.   Cuka + Nasi
10. Anggur + Terung berlebihan
11. Buah Delima + Daging
12. Dua makanan yang sejuk
13. Dua makanan yang panas
14. Dua makanan yang menghasilkan kentut

Dalam Surah Al-Araf ayat 31 :-

يَا بَنِي آدَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وكُلُواْ وَاشْرَبُواْ وَلاَ تُسْرِفُواْ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ


Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.


Ini lah makanan orang GANU, ada khasiat ?

Akhirnya, kita mendapatkan hadis ini sebagai pelan tindakan untuk makan ikut cara Rasulullah SAW.
Abu Nu`aim meriwayatkan hadis,
" Bersederhanalah dalam melaksanakan segala tindakan kerana Allah membenci orang yang berilmu tetapi memiliki susuk tubuh yang obes "

Umar r.h.u berkata,
" Hindarilah berperut buncit kerana ia merosakkan tubuh, meyebabkan penyakit dan menjadikan solat sebagai pekerjaan yang memenatkan. Manfaatlah bekam kerana ia mampu meringankan badan dengan mengeluarkan darah kotor "



Selamat berbuat demikian, wahai sahabat readers..
:)

Salam sayang,

~ Nur Zulaikha ~






 

wif my Lisa, my Suri , my Hani....
Lov from Ummi...
 

No comments:

Post a Comment