Monday, 23 December 2013

Kemaman Banjir 2013

Assalamualaikum,
Apa kabo ?
Sihatkah anda ?

Saya boleh lah sihat sikit jer, demam dan sakit urat dek urus rumah banjir ini.
Ehhh, banjir ?
Yup, Kemaman tanah kecik tumpahnya darahku terkono banjir.
Malam yang hujan lebatnya 2/dec/2013 hari isnin yang mulia, air banjir mula bertakung dalam longkang.
Pukul 9 malam, air hampir penuh dan melimpah kat depan rumah...
Tak sampai satu jam, air mula menganas ( ? ), penuh dibuatnya kat depan rumah dan boleh tenggelam seluruh tapak kaki.

Masa itu, saya syok tido ( teruk betol )
Banjir tahun 2012 pun saya tido dulu 1 jam sebelum bangun, dan air dah penuh kat depan rumah ( a sign ).
Ibu membebel dan kejutkan tido;

" takdi kate doh suroh packing barang dalam supek hitam, mung tido. tu mula lah jajo sekali "
( ada faham ka ?)

So, dengan panik sekali dan sangat panik dan sangat panik dan sangat .....( u know it )
Amek kain yg dah terpacking dgn plastik hitam ( tahun lepas punya barang dah siap packing sebab banjir juga), pastu lempar kat katil double decker yang baru pasang balik.
Kain baju, buku, mesin jahit dan bagai lah dilempar atas katil...( harapannya tak terkono air )
Sofa duk atas katil bujang adik kat ruang tamu, kasi tinggi.
Katil parents dah tinggikan dgn kerusi ( meja makan )
Meja makan letak mesin  basuh, para utk gas cooker letak peti sejuk.
Tibi pun atas katil parents...

Dalam kelam kabut ini, sempat jugak tengok air banjir dah sampainya dimana,
fuhh, memang pening nak buat apa.
Semua nak selamat tapi yang penting kain baju, laptop, beg wanita ( ?), mandian dan 2 ekor kucing.
Beg yang packing lepas balik Melaka ( dah habis 3 tahun- praktikal dirumah ), terus campak atas katil double decker.

Pukol 11 malam, ayah baru balik- payah carik jalan nak pulang rumah,
air banjir dah merebak di merata tempat.
Semua tempat yang agak tinggi boleh aja jadik tempat letak barang yg dah packing.
Almari saya ini rasanya akan almarhum- dah 2 kali terkono banjir.
Apa-apa pun, buku belajar dan fail nak Latihan Industri dah letak kat tempat tinggi jugak.
Tapi malang sekali ............

Tika itu pukol 1 pagi dan air banjir dah setakat separuh betis,
barang keperluan semuanya sumbat dalam van dan kereta.
Our properties of 4830 moved to a higher and safer place;
Ayah drive van sekolah, ibu drive kereta, saya ride motor dan kakak ride scooter- super cold and cool.
1.30 pagi bawak motor dalam hujan lebat tak de helmet, baju hujan dan dah berbulan tak bawak motor taw.
Merayau-rayau cari hotel nak tumpang,
sejuk yang teramat dan akhirnya kami ke ........

#tune in for the next past adventured by me ( who are u ? )

This is the first time tgk rumah lepas banjir.
Mesin basuh yg jatuh daripada meja makan


DVD dan buku berteraburan
TV yg berada kat atas katil, senget dah !
Dapur aka. Kitchen 

1 comment:

  1. Berat mata memandang, berat bahu memikul.. Byk2 bersabar... Moga2 Allah memberi lebih byk lagi rezeki selepas ini.. Amin

    ReplyDelete