Saturday, 10 November 2012

Bersendirian dengan harapan dan impian

Assalamualaikum,
Mulakan hari anda dnegan senyuman kerna ia sedekah dan memberi kesan aweks muda...
:)


Kali ini pengembaraan kami- sye, nurul Izzati dan siti norfatin anis ke Tesco dan Melaka sentral..
" alahai, benda macam gini pun nak cerita.... "
Jangan berfikiran sebegitu kerna terdapat banyak hikmah tersembunyi tatkala kita hadapi sesuatu.
Dan kali ini, pengembaraan lain daripada yang lain...
Jadi, teruskan bacaan anda..

Pengembara ini teringin ke Melaka Sentral untuk dapatkan tiket balik ke Kemaman setelah habis Final paper 22hb November dan hari yang ditakdirkan itu ialah 2hb November...Jumaat yang diberkati
Bermula dari pukul 12 tengahari, kami telah menelefon teksi supaya datang mengambil dan katanya 12.30, boleh datang ambilkan.
Maka, perut yang kosong minta diisi dan menangisi akan kelaparannya itu..
Bersegera menuntut kemahuan itu dan terus ke Restoran berdekatan dan " cak puak lah boh ! "
Kami makan dengan bismillah, penuh barakah dan penuh gejojoh...
Jadi, sambil menunggu makan dicerna dan still lagi on the way to stomach, then intestine : kami duduk bersahaja..
Bercakap tentang perkahwinan lagi...( biasa lah orang bujang kan, mesti nak kawen )
STATEMENT OF PURPOSE :- Orang perempuan should be at home or bekerja ?
THESIS STATEMENT :
1. Ekonomi semasa
2. Bakat, dan kepimpinan
3. Impian 
PREPARED FOR : future !

Essay......................

Everyone thinking of having a loving family and they always have each other back in good or bad times. Mother is always the right person to talk to as she`s speaks from bottom of heart and her sincerity on top of other people says. What if your mother not always home, busy and don`t really have time with us? Father can have a daddy day out but mother is the person whom gave birth and her nature of motherhood made her the most vital person to have by side. Is a wife should be at home or work ???? !

Hellow, and a very good morning a bid to you, dear readers.........." OK panjang jugak nak tulis karangan sebenar, jadi kita singkatkan sahaja ea "

Main point 1 is about ekonomi semasa. kadang kala, belanja seharian tidak mencukupi dan gaji sang suami hanya cukup untuk bayar sewa rumah, kereta dan juga rokoknya. Jadi apakan daya, terpaksa lah sang isteri bekerja dan mengerah mental fizikal demi kelangsungan hidup bersama. 

Suami : Awak ne, asyik kerja je.. tak da masa langsung untuk anak-anak dan saya
Isteri   : Maaf abang, saya terpaksa ambil overtime sebab sewa rumah dah tertunggak 3 bulan. Jadi kena langsaikan 3 bulan sekaligus dalam bulan ini jugak. Lagipun, mana duit yang saya mintak awak bayarkan sewa rumah ?
Suami  : errrrrr, saya buat makan kat tempat kerja lah.
Isteri    : Itulah, sayang dah masak pagi-pagi awak tak nak bawak bekal. Tak perlu nak malu, kita buat benda yang halal, kan...
Suami  : Tapi, awak ne langsung tak endah tentang anak-anak. Diaorang dah buat kerja sekolah belum, kain tak berbasuh, rumah tak sapu !
Isteri   : Abang, mengapa abang ambil teladan Rasulullah:- tolong isteri masak, buat kerja rumah dan sebagainya. Lagi satu, didik anak bukan tanggungjawab saya sahaja, awak yang sepatutnya ajarkan dia mengaji, dan mengajar ilmu keagamaan. Ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Suami  : Abang tak pandai mengaji....( pilu ! )
Isteri    : Kenapa abang tak pergi kuliah di masjid, surau.. Tuntut ilmu mengaji, tauhid, akidah dan syariah..Tak perlu lah abang duk berhenti umah janda tu..
Suami   : ( Alamak, mana dia tahu nih !!! )

Main point 2 is ada orang dilahirkan dengan bakat dan kepimpinan. Dan sebaik-baik pemimpin ialah lelaki.
Jadi, perempuan pemimpin apa ? Pimpin diri sendiri ke arah kebaikan...

Main Point 3 is about impian untuk menjadi seorang yang bekerja supaya dapat membantu orang lain juga, Insya Allah..

OK, balik semula pada menunggu teksi.. Sampai pukul 1 petang kita orang menanti dan harapan itu kian membakar.. Si pemandu teksi datang tetapi mengambil orang lain dahulu kami malas nak panjang cerita. Jadinya, menunggu lah sehingga bilal azan zohor. Solat ditunaikan dahulu dan kami berjaya ke Tesco pada pukul 3 petang setelah menelefon si pemandu teksi untuk beberapa kali...
Saya macam lah hangin sikit kerna janji dia pada pukul 12.30 tengahari dan di dalam teksi dia sibuk membebel pasal amik orang sini sana dan katanya janji kalu dia nak amek, maka dia akan ambil tetapi pukul berapa itu juga satu janji...Dan dia juga terbiasa memarahi customers depan kami, jadinya kami dah amat masak dengan perangai dia...
Saya mencuka, dia tak menegur..Fine, AAK.

Sampai di Tesco yang ditunggu-tunggu, kami dengan senang hati terasa ingin berlari berkejaran dan menghayati umur muda ini tetapi malu pulak... Dah besar tapi masih kebudak-budakan tetapi kenapa tidak ??? ( untuk situasi yang sesuai sahaja ). Kami membeli baju yang teramat murah, cantik dan menutup aurat - RM 15, RM 10 dan RM 5 sahaja...So delighted dan dapat beli baju kakak saya..2 helai taw, its a suprise.

Then, proceed ke Tesco dan mencari barang untuk memasak. Spaghetti, dan Gulai ayam !!!
Dah settle segala suatu dalam masa 1 jam dan terus mencari untuk rehatkan minda, hati dan mencari redha Ilahi dalam sujud farhu Asar lillahi ta`ala.
Dan keadaan masih kehujanan diluar sana, terpaksa melilau balik di ruang legar Tesco...
Melihat dengan mata hati dan terasa seribu rindu, ( astagfirulla hal adzhim )

Sahabat kami, fatin ( mek ) disapa oleh seorang penjual kosmetik ( baru nak masuk market ) dan memberi penjelasan / pengunaan pada tangan serta muka. Izzati juga diserbu si penjual itu tetapi dengan ayat power ini , dia terdiam dan kelu 
" saya kata tak nak, tak nak lah ( dengar penjelasan itu ).. "
kami entrepreneur..kami amat memahami teknik yang digunakan dan gambar yang display sebagai bukti orang telah mengunakan produk itu, amat ketara penipuan...
Kerna, gambar orang putih yang diambil sedangkan produk itu baru berkembang dan memulakan market di dalam Malaysia..see the facts there !
Ada juga yang bercakap tentang :-
" dik. tak boleh kurang harga.. akak ambil barang ini dah mahal, mana nak dapat untung kalu kurangkan harga "

Firstly : cari supplier yang jual harga murah ler akak oi !
Second : jangan percaya dengan penjual yang membicara tentang kos yang dia tanggung dan profit dia yang sikit sebab itu tak de kena mengena dengan kita sebagai pembeli.
Third : Mostly, penjual sudah memasukkan segala kos yang terpaksa yang ditanggung oleh perniagaan ke dalam harga yang dibeli oleh pengguna.

Kami akhirnya dapat lari daripada dunia perniagaan manusia yang perlu banyak lagi knowledge dan experience ( dan saya juga ), menuju ke makanan lagi... Tomyam dan segelas ais krim !
Lega dan melegakan...

Berjalan lagi ke Melaka Sentral dan masa dah semakin suntuk untuk pulang ke kediaman kesayangan.
Di sini lah, dugaan yang melanda dan cukup mendatangkan impak se-maksima nya..Sebuah penghayatan dan kesedaran..Mencari lah kami tiket pulang ke Kemaman dan dapat ! yeayyyy, alhamdulillah

Maka dengan itu, kami solat maghrib dahulu dan biarkan sahabat kami menelefon teksi.
Guest what, si pemandu teksi tak dapat mengambil kami dan telefon lagi kepada pemandu yang lain, tersilap dengar pulak dan tunggu kami di MP ( Mahkota Parade ).
Kami kena balik sebelum pukul 8 malam dan waktu itu 7.14 malam.. Debaran terasa, tetapi masih bersahaja dan terlihat signboard ini
agak kabur sebab amik dari jauh, orang duk tengok je nape lah sye ami gambar ini..
Sepatutnya signboard ini  " jauhilah couple " , kerna itulah permulaan zina fizikal... Zina hati start dari mata turun ke hati, right ?

Perbincangan daku dan Izzati ( dengan penuh kematangan ), tentang aurat saudara saudari sekalian..
Kami mencuba dan melakukan usaha tak seberapa menampilkan sebagai muslimah yang chantek ( kot ) sambil menutup.
Kami critical thinking, dan akan mengusahakan sesuatu dan inilah yang kami dapat sediakan untuk kalian yang sedang berusaha menutup,Insya Allah menyusul selepas produk ini :- hasil assignment Creative and Innovation subjek :- Inner Zip ( plagarism is not allowed ! )

Inner zip yang bakal di jual nanti


Saya amat kasihan kepada seorang ibu yang baju berlengan pendek, ketat dan juga tudung singkat sedang memegang baby...bagaimanakah nasib di bayi tersebut, dapatkah dia dibimbing dengan syariat islam sebenarnya. Bersendirian daku dengan harapan dan impian agar baby itu mendapat nur taufik Allah sepanjang hidupnya. Sinar itu adalah cahya di atas cahya dan mampu melenturkan hati sesiapa pun, Amin...

Sambung lagi... Dan kami terpaksa bergegas ke kaunter teksi Melaka sentral dan keadaan amat menegangkan urat sarafku.. Terasa macam nak marah sebab pemandu-pemandu buat tak endah...Tapi dapat jugak naik teksi, dan menuju ke Taman kesidang dengan sebuah cerita dari seorang pemandu berhemah !

" Aku ini ada 3 keje, pagi di tempat kerja, bawak teksi dan juga usahawan daging arnab "
ok, tak tahu lah betul ke tidak tapi perniagaan nya tak dapat diluaskan dalam internet - facebook atau blog sebab kekangan modal..
So, jumpalah MARA, buat business plan dengan 10 orang rakan kongsi kamu itu dan berusaha masuk supermarket lain lagi...dan juga cuba war-war kan apa yang boleh dibuat dengan daging arnab :BBQ @ gulai @ steak ke...letak kat produk daging arnab itu resepi ( masukkan sekali kos photokopi resepi dlm kos daging arnab )...SEMOGA BERJAYA

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dan dekatkan kami dengan para pencinta Mu agar cinta itu turut jatuh pada hatiku yang mudah hilang ini...

Rabbi yassir wala tu`assir
Rabbi tham min bil khair...



Love,

Siti Nur Zulaikha Binti Suhaimi
Semester 3, DEN
MPC, Malacca City !



No comments:

Post a Comment