Hari ini 12 februari 2013, dan habis bercuti di Kemaman...
![]() |
Fikiran melayang dan nak rehat ja - penat pada diri sendiri mengharap. |
Ok,
Semasa bercuti dan saya hanya makan-makan, tido-tido serta assignment letak kat tepi.
Masa pulang ke rumah ialah masa untuk berehat minda, fizikal dan emosi.
Sebenarnya rasa tak nak balik pun ke Melaka, terasa bosan dan tak ada mood.
I need to think, do and fast action towards what I want.
Dah bosan hidup dalam kitaran yang sama,
Dan sharing motivation with my acquaintance- EE..
Tak dapat pun limau mandarin dan angpau sebab pergi ke mana, duduk rumah dan seperti biasa: makan..
Don't know why I keep eating even thought dah full perut..
Perjalanan pulang dan pada pukul 5 pagi, bas ke Melaka eksiden, macam terlanggar batu..
Sampai terasa geseran batu dibawah bas, dan driver berhenti bas ditepi jalan.
Kejutkan co-driver, " kte dah eksiden ne "
Then, kebosanan bermula lagi..
Sampailah driver mintak kami bersabar, untuk buat report polis..
Waktu menjengah ke subuh dinihari, azan berkumandang,
" kat mana surau nie "
Budak laki ( mungkin 18 tahun ), kejutkan sahabat dia untuk solat subuh.
Apalagi, saya dan ee ikut dia dari belakang, secara perlahan-lahan.
Rupanya, 10 tapak ja perjalanan ke Surau Kampung Chin-chin, Jasin Melaka..
( Patutlah azan itu mcm kuat bunyi nyer )
Sebelum tu, kami bagitahu driver yang berada di Crime scene ( ye or je )
" Tunggu ea pok, jangan tinggal kita kat sini "
Nampak lah kereta wira, yang terlibat itu kaum cina- kemek di sebelah kiri bonet kereta.
Tersadai ditengah jalan, dan benteng longkang pecah...
Bas tercalar di sebelah kanan depan, entah macam mana cerita pun tak tahu.
Apa-apa pun, dapat solat subuh, Alhamdulillah.
Dan naik bas lain ( syarikat sama ) ke Melaka Sentral,
Sekian.
Tapi.................
Nak highlight kat sini ialah lelaki paling gentleman iaitu lelaki yang kejutkan sahabat untuk bangun solat (pandangan saya )
dan wanita paling baik ialah wanita yang tak pentingkan diri sendiri ( menurut ee ).