Wednesday, 25 July 2012

Terawih Bersama Mu

Assalamualaikum,
Selamat datang ke pelayaran di angkasa of madrasah Ramadan...
Sila ketatkan ilmu, iman dan amal.
Penerbangan telah di mulakan !

Perihal Solat Terawih, bayi-bayi sekalian..
Telekung anda boleh nampak badan saudari sekalian,
Jadi sebagai alternative nya:
- Beli telekung yang tak nampak warna kulit dan bentuk badan anda
Ataupun
- Menutup aurat dengan sempurna dengan pakaian harian anda, dan boleh digunakan untuk bersolat.
( Tapak tangan dan muka sahaja yang dibenarkan kelihatan, yang berbonjol sila tutup )

Semasa Solat Terawih,
Kurangkan pergerakan bukan di dalam solat ketika kita berjemaah,
Contohnya : Hentikan bergoyang-goyang kiri dan ke kanan, best sangat gamak nya imam alun surah ( amek feel ! )...
Situasi lain : Dia memang demam + selsema + batuk, tapi sebelum memulakan solat tak ada pulak dia tarik hingus....Semasa solat, banyak sangat kot hingus keluar, tarik sedaya upaya berpuluh kali sehingga ganggu khusyuk orang lain...Hurm, sabar itu separuh daripada iman, zulaikha.

Semasa Imam berzikir selepas Solat Terawih,
Sila pastikan bibir anda dibasahi dengan zikir, dan kurangkan berbicara pasal abang imam hemsem,OK !

Wassalam.


Friday, 20 July 2012

Mencuba Demi Sebuah Nilai

Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum kepada hadirin hadirat yang dihormati sekalian...
Selamat Datang Ramadhan,
Yes,yes....come to mama..come..come..
( klise pulok )

Kenangan lalu suke mengusik kte tanpa disedari,
Apakah makna nya kita merindui ???
Entah lah, rasa nya jauh sekali untuk merindui sekadar mengingati apa yang telah pergi.
Kerna kenangan itu pedoman,pengalaman dan jua sebagai memori indah atau kelam...

Tadi, mengimbau kembali kenangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman...
Gambar kelas tingkatan 5, sememangnya menyentuh sanubari.
Mungkin tingkatan lain tiada potret tapi memori tetap tersemat di minda.
Sekeping potret itu mengimbaskan minda ini akan kesilapan, keegoan, dan juga kesedihan lalu.
Salah siapa semua ini ???
Harus lah,daku yang bersalah.
Daku yang harungi dan melakukan nya kerna dosa itu bukan pada orang lain melainkan pada aku sendiri yang melakukan.
Jadi, inilah kesilapan yang daku tak mampu padam kan dari memori..


Sekarang pun, aku terbiasa melakukan kesalahan demi pengajaran..
Moga kesalahan daku dilakukan ia sentiasa dilandasan syariat..
Tak menjadi dosa besar, tecik-tecik dan harus dihapuskan secepatnya !

Ini sekadar pengalaman lama,
Buatkan hati bertambah kuat dalam memilih cara penghidupan dan pengabdian..






Nak buat lawak kasar sket, mohon agar terasa..
Suasana di Bazar Ramadan,

Awok   : Mari adik-adik, bayi-bayi....Akak jual guni dan kotak tecik ada beso pun ada...
              Yang jauh mari dekat, yang dekat biar rapat- kemah keming..
Adik     : ????
Awok   : Guni labuci- RM10, Guni manek vouge to d vast RM20, Guni sulam-RM28..
              Muroh je, try lah...Kain guni x panas, x tebal dan sangat cantik- Thai Silk.
              Beli r, dik.
Adik     : Nape nok beli guni plak ?
Awok   : Ustaz Azhar Idrus kata, x boh pakai tudung x pe la....Guni pun boleh buat tutup aurat, dik...
Adik     : Aduh....
Awok   : Ne, kte ada promotion kotak-kotak pelbagai warna dan corak istimewa untuk raya.
              Kte juga ada designer kotak drpd Paris...Boleh mintak dia buatkan kebaya kotak, kurung moden 
              kotak ataupun kurung pahang kotak..Benang kte sedia kan.
Adik    : Balik awal r, cari guni blkang umbi nyior dgn kotak dlm gok ayam..


Reaksi adik :)




Thursday, 19 July 2012

Lelaki, Cinta dan Islam

Assalamualaikum,
Hanya gambar berbicara...
Fahami lah ia dan create your own thought.

Terima kasih kpd pemilik gambar-gambar ini,
Sungguh mempesonakan !









Kerna Sebuah Hati, Cinta Tak Kenal Mati...

Bismillahirahmanirahim,
Astagfirullahaladzim (33 kali ea )
Kali ini, saya akan membuka bicara buat entri ini dengan isu yang biasa tapi agak hangat..

Bercinta sebelum kawen....
Masyarakat : Biasa la,budak-budak muda. Jiwa bergelodak............
Me              : Kita ada solusi untuk penyakit ini ataupun tidak sebenarnya...
Masyarakat : Tak pe lah, nanti dia orang kawen la...Dosa masa berdating, pegang-pegang hapus r..
Me              : Hah ????

Here is the main point.. 




Faham cara terbaik, Insya Allah....

Situasi lain,
Anda Khalifah Allah, lelaki sejati dan pemimpin ke atas wanita ( bakal ditanya oleh Allah akan pimpinan kamu itu, adakah anda amanah dalam melaksana kan nya ? )
Anda memang alim dan mahu mengbimbing wanita akan datang solehah itu dengan pelbagai cara..
Moga kamu diberkati Ilahi di atas niat itu, diharap juga menjaga batas dan sentiasa di jalan syariat tika mengbimbing..

Saya agak terkilan pada cara yang tak menepati syariat pada keadaan tertentu, misalnya :
Sudah bercouple, lupa mengbimbing fully- ibadat, akhlak....dan juga lelaki itu mengetahui akan hukum bercouple...
Jadi, boleh perjelaskan cara terbaik kaum lelaki dalam hal ini..
Kami seorang yang curious, maka itu permudahkan fahaman saya sama ada kamu bimbing seseorang itu selepas nikah ataupun lain-lain...


Apa-apa pun, jangan jadikan masalah itu satu masalah ~~
Ingat mati, Insya Allah Cinta Ilahi tak mampu mati..
Kerna tempatnya cinta itu di Hati,
Assalamualaikum :)




Tuesday, 17 July 2012

Sayang tak ???

Assalamualaikum,
Dah lama bebeno tak layan blog,
Busy as a bee lah kata kan.

Sekarang dah 2 minggu kat asrama and belajar Diploma In Entrepreneurship sebagai senior sem 3..
Pada 12-14 July pergi kem cara bersosial ( utk kerjaya nanti ) di Excel Training and Consultancy di Negeri Sembilan.....
Alhamdulillah,amat banyak input yang diselami dan dapat dipraktik...Insya Allah.

Kali ini, izinkan saya berlayar difikiran awak semua dengan gambar-gambar ini...
Sekadar pesanan dari saya penuh dosa,hina dan amat merindui kamu yang dahulu pada Allah mengamit cinta..
Biarkan air mata syahdu berlinang dan menangisi kesilapan..
Dan kali ini, kami tekad kan hati untuk melusuri jalan nur hidayah-Mu, Ya Allah....
Insya Allah, Allahurobbi.

Tiada agama bagi mereka tiada solatnya...

Jaga diri lek-lok,pesan buat diri sendiri~~



Sweetnya bini dia ~